GALERI GOLF

GALERI GOLF

TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob adalah individu yang telah mencetuskan idea bagi penubuhan Galeri Golf Melaka. Beliau amat meminati sukan golf dan turut menyumbangkan sebahagian koleksi golf peribadi beliau untuk dipamerkan di galeri ini. Melalui sokongan yang padu, hasrat ini telah berjaya direalisasikan oleh Kerajaan Negeri Melaka melalui Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) pada tahun 2011. Usaha menubuhkan galeri ini adalah yang pertama di Malaysia dan dijadikan pusat rujukan, maklumat dan pameran berkaitan golf terutamanya di Melaka. Usaha ini juga dibuat bagi membantu Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Melaka menjadikan negeri Melaka sebagai “Destinasi Pilihan Golf” di rantau ini.

Loading

Maklumat Lanjut

Galeri Golf

TOP