GALERI DEMANG ABDUL GHANI
GALERI DEMANG ABDUL GHANI
Galeri Demang Abdul Ghani mempamerkan keunikan seni bina rumah tradisional Melayu yang dipercayai dibina oleh Penghulu Abdul Majid, seorang hartawan dari Palembang, pada tahun 1831. Penghulu atau Demang pada masa itu adalah pemimpin masyarakat yang dihormati, berperanan sebagai “raja kecil”. Rumah ini dibina tanpa penggunaan paku, menampilkan enam ruang utama: anjung, serambi, rumah ibu, pelantar, dapur, serta dua loteng khas untuk wanita. Selain sebagai tempat tinggal, rumah ini menjadi pusat pentadbiran kampung dan lokasi perjumpaan bagi membincangkan hal ehwal masyarakat. Tiga generasi penghulu pernah mendiami rumah ini: Penghulu Abdul Majid (1831-1834), Demang Abdul Ghani bin Abdul Majid (1834-1934) dan Penghulu Mat Natar bin Abdul Ghani (1934-1978).