MUZIUM RAKYAT
KOMPLEKS MUZIUM RAKYAT
Kompleks Muzium Rakyat mempunyai tiga tingkat. Di dalamnya terdapat ruang pameran, pejabat, pusat sumber dan lain-lain kemudahan seperti dewan, bilik mesyuarat dan bilik seminar. Setiap tingkat di bangunan ini menempatkan muzium dan pameran-pameran yang berlainan. Bangunan ini boleh dikatakan sebagai sebuah pusat sehenti (one stop centre) di mana terdapat beberapa muzium di dalamnya dan lain-lain kemudahan untuk orang awam. Aras bawah kompleks muzium ini menempatkan Muzium Rakyat. Muzium ini menekankan pameran perihal rakyat negeri Melaka meliputi pengenalan kaum-kaum di Melaka, kebudayaan dan warisan, galeri sukan serta pencapaian Melaka yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai sebuah Bandaraya Warisan Dunia. Di aras bawah ini juga terdapat sebuah galeri iaitu Galeri Wanita Malaysia yang mempamerkan tokoh-tokoh wanita berpengaruh di Malaysia.