MUZIUM TLDM
MUZIUM TLDM
Muzium TLDM yang dahulunya terletak di pengkalan TLDM di Lumut, Perak kini dipindahkan ke Melaka. Muzium TLDM ini telah dibuka kepada orang ramai bermula pada 28 Oktober 1995, dan kerja-kerja naik taraf juga telah dijalankan pada tahun 2005. Muzium ini membentangkan sejarah, peranan dan sumbangan serta aktiviti-aktiviti TLDM. Antara tarikan utama muzium ini adalah sebuah helikopter jenis WASP HAS MK 1, yang pernah digunakan oleh unit udara TLDM. Tarikan lain adalah kapal EX-KD Sri Terengganu yang terlibat dalam pelbagai tugas penting TLDM selama 31 tahun sejak ditauliahkan pada 1963.