MUZIUM SEJARAH

TRANSLITERASI MANUSKRIP (RAKAM ATAU RAJAH)

Faedahnya, barangsiapa melihat kepada rakam ini pada hari Sabtu, dimudahkan Allah Taala meniti titi Siratul-Mustaqim (dan) sentiasa pada siang dan malam melihat kesukaan jua. Syahadan dibaca

لأ اله الأ انت سبحانك اني كنت من الظالمين يا الله يا من هو, هو
(La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz-zalimin, Ya Allah, Ya man huwa, huwa).

Barangsiapa melihat kepada rakam ini pada hari Ahad diharamkan Allah Taala daripada api neraka. (Dan) memandangnya segala makhluk (serta) diluputkan Allah Taala ia daripada segala bala syaitan. Dibacanya;

لا اله الا الله الملك الحق المبين , ه , ه ,ه
(la ilaha illa’Llah al-malikul-haqq al-mubin hu hu hu ).

Barangsiapa melihat kepada rakam ini pada hari Isnin, nescaya diluputkan Allah Taala ia dari segala bencana jikalau seperti hujan yang maha lebat sekalipun dan dipelihara akan Allah Taala daripada api neraka. Syahadan dibacanya:

لا إله إلا الله العزيز العظيم، يا عزيز الجليل، يا الله، يا هو، يا من هو
(la ilaha illa’Llah al-’aziz al-azim, Ya Aziz al-Jalil, Ya Allah, Ya Huwa, Ya man huwa).

Barangsiapa melihat kepada rakam ini pada hari Selasa dipelihara akan Allah Taala ia daripada ** dan dilepaskan Allah Taala ia daripada bahaya jin dan ** syaitan. Syahadan dibacanya:

لا إله إلا الله العزيز العظيم يا عزيز الجليل يا الله يا هو الرحيم
(lailahaillallah al-‘aziz al-‘azim ya ‘aziz al-jalil ya Allah ya huwa al-Rahim).

Barangsiapa melihat kepada rakam ini pada hari Rabu, nescaya dipelihara akan Allah Taala akan dia. Dan tiada dikena(kan) Allah Taala segala kejahatan dan dibesarkan Allah Taala martabatnya. Syahadan dibacanya:

اللهم صل على محمد النبي الأمي وعلى آله وأصحابه وبارك وسلم، يا الله يا هو يا من هو
(Allahumma salli ‘ala Muhammad an nabi al-ummiy wa ala alihi wa ashabihi wa barik wa sallim, ya Allah ya huwa ya man huwa).

Barangsiapa melihat kepada rakam ini pada hari Khamis, dilupuskan Allah Taala ia daripada bala akhirat dan segala kejahatan dunia dan sentiasa ia (selamat) selama hidupnya. Syahadan dibacanya:

لا إله إلا الله خالق كل شيء وعبده وهو على كل شيء وكيل
(lailahaillallah khaliq kulli syai’in wa ‘abdihi wa huwa ‘ala kulli syai’in wakil).

Barangsiapa melihat kepada rakam ini pada hari Jumaat, dilepaskan Allah Taala daripada seterunya dan disempurnakan Allah Taala ia dan dimurahkan Allah Taala baginya segala yang sukar. Syahadan dibacanya:

سبحان الله و الحمد لله ولا إله إلا الله، الله أکبر، ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
(subhanallah wal hamdulillah wa lailaha illallah, Allahu akbar, la haw la wala quwwata illa billahil ‘aliyyul ‘azim).

Inilah muhar Nubuwwah pada dada Rasulullah sallahu ‘alaihi wa sallam, ceritera daripada Abu Bakr al-Siddiq radiallahu anh; Barangsiapa melihat kepada muhar Nubuwwah ini pada pagi dan petang dijadikan Allah Taala ia di dalam ** kesukaan jua. Dan dipelihara akan Allah Taala ia imannya dan dimasukkan Allah Taala ia ke dalam syurga dengan tiada syak dalamnya. Wallahua’lam.

Inilah muhar Nubuwwah pada pundak Rasulullah sallahu ‘alaihi wa sallam; Barangsiapa melihat kepada muhar Nubuwwah ini pada tiap pagi dan petang nescaya segala raja dan segala manusia kasih kepadanya. Dan sentiasa dalam jua dan tiada dapat; seterunya, berbuat jahat kepadanya dan dimasukkan Allah Taala ia ke dalam syurga dengan tiada dengan berhisab.

Inilah muhar Nubuwwah pada belakang Rasulullah sallahu ‘alaihi wa sallam; Barangsiapa melihat kepada muhar Nubuwwah ini pada pagi dan petang, sekalian manusia takut kepadanya, sentiasa kesukaan jua dengan berkat muhar ini, insyaAllah Taala. Wallahu a’lam.

Inilah muhar Nubuwwah pada belikat Rasulullah sallahu ‘alaihi wa sallam; Barangsiapa melihat kepada muhar Nubuwwah ini pada pagi dan petang serasa berbuat khidmat kepada Rasulullah ** dan tiada berkehendak jahat segala manusia kepadanya. Wallahu a’lam.

Inilah muhar Nubuwwah pada pinggang Rasulullah sallahu ‘alaihi wa sallam; Barangsiapa melihat kepada muhar Nubuwwah ini pada pagi dan petang, nescaya damai akan orang pada pemandangan makhluk segala. Dan sentiasa ia dalam kesukaan jua dan masuk syurga dengan tiada berhisab. Wallahu a’lam.

Inilah muhar Nubuwwah pada antara dua pipi Rasulullah sallahu ‘alaihi wa sallam; Barangsiapa melihat kepada muhar Nubuwwah ini pada pagi dan petang segala dosanya diampun Allah Taala, atau disuratnya (dan) dibawanya barang ke mana hajatnya, nescaya kasih kepadanya segala makhluk. Wallahu a’lam.

Inilah muhar Nubuwwah pada kening Rasulullah sallahu ‘alaihi wa sallam; Barangsiapa melihat kepada muhar Nubuwwah ini pada pagi dan petang, suatu bala pun tiada sampai kepadanya, nescaya di dalam kesukaan jua sentiasa lagi dipermulia Allah Taala subhanahu wa Taala dan dipermulia segala makhluk dalam dunia dan akhirat berkat muhar Nubuwwah ini. Wallahu a’lam.

Inilah muhar Nubuwwah pada telinga Rasulullah sallahu ‘alaihi wa sallam; Barangsiapa melihat kepada muhar Nubuwwah ini pada pagi dan petang, atau disuratnya (dan) dibawanya barang ke mana, nescaya kasih segala manusia ** dan sekalian bala bahaya dunia dan akhirat tiada sampai kepadanya. Dan sentiasa dalam pemeliharaan Allah ‘Azza wajalla. Wallahu a’lam.

Inilah muhar Nubuwwah pada kuduk Rasulullah sallahu ‘alaihi wa sallam; Barangsiapa melihat kepada muhar Nubuwwah ini pada pagi dan petang, nescaya tiada sampai kepadanya segala kejahatan makhluk selama hidupnya berkat muhar Nubuwwah ini. Wallahu a’lam.

Barangsiapa melihat kepada muhar Nubuwwah ini pada tiap-tiap pagi dan petang atau hari mendatangnya, serta dibawanya barang ke mana hajatnya, Insya Allah Taala berlaku barang apa kehendaknya, dan tidak dapat di(tipu)daya orang dengan kejahatan selama hidupnya. Wallahu a’lam.

Barangsiapa melihat muhar Nubuwwah ini pada malam Jumaat, nescaya bermimpi ia dalam lenanya bertemu dengan Rasulullah sallahu ‘alaihi wa sallam dengan berkat muhar Nubuwwah ini, atau disuratnya dan dibawanya barang ke mana perginya, nescaya dimudahkan Allah Taala rezekinya pada barang di mana tempatnya. Dan segala raja dan orang besar pun kasih kepadanya berkat muhar Nubuwwah ini. Dan jikalau dibawanya berlayar lepas selamat pergi dan datang. Dan jikalau dibawanya perang ** Allah Taala dan senjata lawan pun tiada mengena kepadanya **

*"Transliterasi adalah untuk pengenalan isi kandungan manuskrip sahaja tanpa lain-lain tujuan."
🟢 *"Transliteration is solely for the purpose of introducing the manuscript’s content and not for any other use."

Loading

TOP