GALERI KETUA MENTERI MELAKA
TAN SRI DATO’ KURNIA JASA OTHMAN BIN TALIB
31 OGOS1957- 31 MEI 1959)
Tan Sri Dato’ Kurnia Jasa Othman bin Talib dilahirkan pada 12 Jun 1906 di Kampung Teja, Kota Baru, Perak. Mendapat pendidikan di Anderson School, Ipoh sebelum melanjutkan pelajarannya di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.Pada tahun 1926 beliau menyertai ‘Malay Administration Service’ (MAS) seterusnya ‘Malayan Civil Service’ (MCS) pada tahun 1939.
Selepas tamat belajar, beliau mula berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dari tahun 1948 hingga tahun 1949.Beliau kemudiaannya dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dari tahun 1948 hingga tahun 1949.Beliau kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pada tahun 1949 hingga tahun 1953.Pada tahun 1953, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Perak sehingga tahun 1957. Setelah tamatnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1950, Tan Sri Dato’ Kurnia Jasa Othman dihantar ke England beberapa kali bagi mempelajari selok belok perjalanan pilihanraya umum selepas tamatnya Perang Dunia Kedua sebelum mengambil kursus ‘Devonshire Course for Senior Officer’ pada tahun 1951 dan mempelajari prosedur Parlimen pada 1954.
Tan Sri Dato’ Kurnia Jasa Othman kemudiannya menjawat Ketua Menteri Melaka bermula pada 31 Ogos 1957 hingga 31 Mei 1959.
Tan Sri Dato’ Kurnia Jasa telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 9 September 1984 di Hospital Besar Kuala Lumpur ketika berusia 77 tahun kerana menghidap penyakit barah hati. Jasad beliau telah disemadikan disemadikan di Tanah Perkuburan Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Beliau telah meninggalkan seorang isteri Nik Rafeah Alang Ahmaddan enam orang cahaya mata iaitu tiga orang perempuan dan tiga orang lelaki.
TUN ABDUL GHAFAR BIN BABA
1 JUNE 1959- 5 OKTOBER 1967
DATUK HAJI TALIB BIN KARIM
6 OKTOBER 1967- 31 JULAI 1972
DATUK SETIA HAJI ABDUL GHANI BIN ALI
1 OGOS 1972- 10 JULAI 1978
DATUK SERI HAJI MOHAMED ADIB BIN HAJI ADAM
11 JULAI 1978 – 26 APRIL 1982
TAN SRI HAJI ABDUL RAHIM BIN DATUK TAMBY CHIK
26 APRIL 1982- 13 OKTOBER 1994
DATUK SERI HAJI MOHD. ZIN BIN HAJI ABD. GHANI
14 OKTOBER 1994- 14 MEI 1997
DATUK SERI ABU ZAHAR BIN HAJI ISNIN
23 MEI 1997 – 2 DISEMBER 1999
DATUK SERI HAJI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM
3 DISEMBER 1999 – KINI