GALERI DEMANG ABDUL GHANI

FUNGSI RUANG

Ruang ini dikenali sebagai ‘rumah dapur’. Kebiasaannya ruang ini digunakan oleh golongan wanita di dalam menjalani aktiviti seharian bertepatan dengan falsafah senibina tradisional yang membataskan pergaulan antara jantina selaras dengan ajaran Islam.

Terdapat juga sebuah bilik tidur untuk kegunaan anak perempuan. Pelantar terbuka bercirikan senibina Rumah Tradisional Melayu Melaka berfungsi sebagai ruang menjemur padi dan tempat untuk menakung air. Terdapat dua pintu kecil berbumbung yang mempunyai unsur senibina Cina serta menggunakan bahan bumbung jenis Belanda.

Binaan dapur yang berbentuk segiempat tepat mempunyai pengaruh Belanda serta menggunakan bumbung jenis ‘v shape tiles’ atau lebih dikenali sebagai ‘Genting Cina’

Loading

TOP