GALERI DEMANG ABDUL GHANI

STRUKTUR BINAAN RUMAH

Rumah ibu mempunyai bumbung yang tertinggi. Ia turut menempatkan atau berfungsi sebagai serambi di bahagian depan dan sebuah bilik. Terdapat ruang yang agak privasi bersebelahan dengan bilik. Bilik ini digunakan sebagai ruang tidur untuk ketua keluarga manakala untuk anak perempuan ditempatkan di bilik kedua di ‘rumah dapur’.

Rumah Melayu Tradisional hanya mempunyai sebuah bilik sahaja untuk anak perempuan. Kaum Lelaki pula kebiasaannya akan tidur di serambi sesuai dengan peranan mereka sebagai ketua dan penjaga keluarga.

Bersesuaian dengan statusnya sebagai rumah Penghulu, terdapat dua buah bilik tidur untuk kegunaan anggota keluarga lelaki dan wanita. Falsafah di sebalik senibina Islam dinyatakan melalui pengasingan ruang antara lelaki dan perempuan manakala kiblat dijadikan panduan penting dalam rekabentuknya.

Katil pula merupakan pelengkap ruang tidur. Tidak banyak maklumat mengenai katil besi ini, namun ianya dipercayai dihasilkan pada tahun 1920.

Loading

TOP