MUZIUM RAKYAT
SEJARAH BANGUNAN
Muzium Rakyat dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 16 April 1992 sempena Pameran Melaka Sedekad: Sedekad Penuh Erti yang telah dirasmikan oleh YAB. Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia keempat. Bangunan tiga tingkat ini telah dibina pada tahun 1960-an dengan menempatkan pejabat Majlis Perbandaran Melaka Tengah (MPMT) dan digunakan sehingga tahun 1990-an. Dipercayai bangunan ini dibina atas runtuhan bangunan Belanda.